~~TERIMA KASIH~~

Jumaat, 20 Mei 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 4

Assalamualaikum... 
Salam bersiaran lagi kan... kali ni nak ending kan EN3 PENYUSUAN SUSU IBU ni... dah banyak yg kita dah dapat ilmu kan... kali ni tambah kan lagi ilmu tu...maklumat ni amat berguna sangat... aku pun dah byak yg paham ni... tapi... nak tambah paham lagi ni.. jom kita ke soalan yang seterusnya... 


Soalan: 
Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?

Jawapan:
Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara di waktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan. 

Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.

Soalan:
Apa yang dikatakan 'keliru puting' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?



Jawapan:
Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.


Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.


Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberikan sekali atau dua  kali penyusuan menggunakan botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.


Soalan:
Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya?



Poncho yang menjadi pilihan ibu-ibu
Jawapan:
Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang sesuai untuk para ibu menyusukan anak. Selain itu kini terdapat alternatif untuk para ibu iaitu kain 'poncho', ia boleh digayakan sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan dari dilihat umum.


Soalan:
Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu bayi?


Jawapan:
Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:


  • Pola hisapan bayi akan berubah kepada 'hisap dan telan - hisap dan telan'. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku setiap kali bayi menghisap.
  • Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap kali penyusuan.


Alhamdulillah, lengkap sudah persoalan-persoalan yang kerap ditanya tentang penyusuan susu ibu. Aku  harap ia menjadi panduan buat ibu-ibu semua. InsyaAllah, jika diberikan kesempatan akan aku share lebih banyak lagi info-info tentang penyusuan susu ibu dan kesihatan. Sehingga bersiaran lagi dengan citer2 n info2 yg menarik lagi... 

(*-*)




Tiada ulasan: