~~TERIMA KASIH~~

Khamis, 19 Mei 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 1

Assalamualaikum...... 
EN3 kali ni aku nak kongsi bersama2 penyusuan susu ibu... info ni aku dapat dari kawan2 blogger... saje aku copy n paste tuk jadikan info kite  bersama ... juga tuk menambahkan pengetahuan aku tentang isu ni... sama2 kiter baca n rujuk beberapa soalan yang selalu dia ajukan knape PENYUSUAN SUSU IBU itu amat penting untuk ibu2 moden skang ni... sama2 kite renungkan... 




Soalan:
Kenapa menyusu awal itu penting?

Susu Awal - Kolostrum
Jawapan:
Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:


  • Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
  • Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan. Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.

Soalan:
Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?

Jawapan:
Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup berharga.

Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.

Soalan:
Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?

Jawapan:
Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana ini dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan. 

Susu yang keluar di 'akhir' setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif  mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

Soalan:
Bilakah susu mula dihasilkan?


Jawapan:
Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.

Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula mengjasilkan susu.

Soalan:
Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air  sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?

Jawapan:
Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapah hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.

Ok tuk EN3 kali ni dalam part 1 ni aku hanya share beberapa soalan ajer... Nanti jangan lupe ade sambungan lagi sampai part 4 tau... Maklumat n info ni amat berguna oleh ibu2 yang ader kat luar sane kan..Sehingga kita bersiaran lagi di part 2 plak... 

(*_*)



Sumber Asal: INFO: 16 Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Penyusuan Susu Ibu - Part I ~ Live Better... http://www.fw-shaklee2u.com/2011/03/info-16-soalan-yang-kerap-ditanya.html#ixzz1MaRdGJvB
Under Creative Commons License: Attribution

Tiada ulasan: