~~TERIMA KASIH~~

Selasa, 5 April 2011

SYQA DAN NAJMI

Assalamualaikum..... 
Bersiaran tuk hupdate N3 yang tertinggal ahad lepas punyer.... Minggu lepas aku balik kg umah MIL... dek kerana kesempatan tu.. aku pun pegi lah menjenguk kakak ipar aku yang dalam pantang... 30hb Mac ari tu dia selamat  melahirkan baby lelaki... NOOR AIZATT NAJMI....seberat 3.37kg...  tok pengetahuan sumer.. nilah satu2 nyer cucu lelaki pertama dalam kuage MIL aku ni... 

Di sebabkan dah petang sangat.. so, tak banyak gambor yang aku amik ... yang ada ni pun gambo si Najmi ngan Syqa ajer... sekali lagi Tahniah buat biras aku ni... dah lama menunggu... akhirnya impian terlaksana... 

Syqa bukan dah pandai berdiri tau.. pakngah dia yang pegang tu.. hehe... 
Sesungguh nya zuriat itu adalah anugerah yang tiada ternilai.. jagalah amanat yang Tuhan bagi sebaik mungkin... Semoga Najmi jadi anak yang terbaik tuk mama n papa tau... Cayang dia nih... mmmuaaahhhh.... 

......(*-*)....


SIBUK UNTUK SEMENTARA WAKTU

Assalamualaikum.... 
Salam bersiaran pada uolz... Nak wat pengumuman skit lah... hehe... dalam seminggu dua ni aku sibuk skit... ermmmm.... pasal ujung bulan ni ada keje kawen kat umah MIL aku kat Gemas... jadi aku diarahkan tuk balik ke kampung lebih awal... nak membantu skit keje2 umah yang ada tu... lagi pin MIL aku tgh wat renobet umahnyer... so, xpasal2 aku kena la bantu skit.. pape yang patut... 
Lagi pula aku ngah sibuk menyiapkan hiasan hantaran tok SIL aku ni... dah di beri kepercayaan.. Insyaallah aku akan wat yang terbaik... 
hehe... tangan aku ni koreh gak.. tapi tengok jew la t aper akan jadi kat hantaran tu nnti... jangan jadi len udah...nanti aku akan hupdate gambo2 hantaran yang aku wat tu...  
Walaubagaimana pun (skema ayat aku) ... wat sementara ni... aku akan hupdate sikit "umah" kesayangan ku ini... xder la nanti berabuk sangat kan... 

....(*-*)....

ENAM PESANAN KHUSUS TUK WANITA


Assalamualaikum....

Siaran kali ni mari kita sama2 hayati sedikit ilmiah daripada rakan blogger aku... 



1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.




Sabtu, 2 April 2011

HIDANGAN UNTUK BAYI 6 BULAN KE ATAS

Assalamulaikum.... 
Salam bersiaran lagi.... Kali ni aku nak citer skit tentang pemakanan kepada bayi kita ni... especelly tok baby ibu ni.. Syqa... yerla syqa pun dah 6 bulan... jadi aku dengan bersungguh2 nya.. memberi yang terbaik tok dia... kat bawah ni ada sedikit info tok kita kongsi bersama..
Gambar dari Google
6 ke 7 bulan
Kategori Bijirin - Bijirin beras bayi diambil 2 kali sehari sebanyak 1- 3 sudu besar
Kategori Susu - Susu diambil 4 kali sehari sebanyak180 ml – 240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau, bayam, karot, ubi kentang yang dimasak diambil 2 kali sehari sebanyak 2 – 3 sudu besar
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan (kecuali oren dan tomato) diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan di hancurkan(pureed) seperti betik, epal, pisang sebanyak 2- 3 sudu besar
Kategori Daging atau alternatif -Kacang pea, tofu   hancur(mashed),kekacang dihancurkan sebanyak 1- 2 sudu besar mengikut keperluan


8 ke 9 bulan
Kategori Bijirin – Bubur ikan atau campuran bijirin, oat, diambil 2 kali sehari sebanyak 3- 5 sudu besar. Berikan biskut atau roti sebagai snek.
Kategori Susu - Susu diambil 3 kali sehari sebanyak 210-240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau dimasak dan cincang, bayam, karot, ubi kentang yang dimasak diambil 2 kali sehari sebanyak 3 – 5 sudu besar
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan dicincang
Kategori Daging atau alternatif –ikan tanpa tulang, tofu hancur, kekacang daging merah dihancur halus sebanyak 2 sudu besar 2 kali sehari.

Perhatian 
 elak makanan yang boleh menyebabkan tercekik
 elak makanan berminyak, pedas atau bergoreng
 jus berikan tanpa pemanis.
 Boleh tambah yogurt untuk bayi

10-12 bulan
Kategori Bijirin – bijirin, mee hoon. Bubur dengan daging merah, ayam atau ikan dicincang/lenyek. Diambil 2 - 3 kali sehari sebanyak ¾ - 1 mangkuk. Berikan biskut atau roti sebagai snek.
Kategori Susu - Susu diambil 3 kali sehari sebanyak 240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau dimasak dan cincang, bayam, karot, saleri yang dimasak diambil 2 – 3 kali sehari sebanyak 3 – 5 sudu besar
Gambar dari Google
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan (kecuali oren dan tomato) diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan yang lembut dipotong kecil-kecil seperti pisang, oren, pear dan mangga.
Kategori Daging atau alternatif – tofu, kekacang, daging merah, ayam dihancur halus sebanyak 2 sudu besar 2 kali sehari.
Boleh mula ajar bayi makan sendiri.
Selepas 12 bulan baru boleh mula beri telur. Sebelum 1 tahun elakan ambil telur putih.

HIDANGAN PERTAMA SYQA


Assalamualaikum....
Salam bersiaran... ermmm... yummy yummy.... Syqa dah mula makan makanan tambahan... Sebagai permulaan dan hidangan pertama Syqa... Aku bagi dia makan nestum Nestle Cerelec... Bijirin bayi dengan susu.... So... aku bancuh ajer ngan air suam... Nestum ni bagus tuk penghadaman Syqa... Jom kita tengok gelagat Syqa bila diberi makan... 

Nestle Cerelec Beras + Susu.... Yummy Yummy.... 

Reaction pertama Syqa bila ibu try suap dia makan...

Ermmm... pelik la ibu rasa nya... hehe... 

Bila ibu panggil Syqa nak suap lagi, Syqa ngajuk leka main... 

Ermm... yum yum... Syqa suke makan nestum.... nak lagi nak lagi... 

Syqa nak lagi ni ibu... 

Amboi... habis Syqa makan... sedap yer.... esok ibu bagi makan lagi yer... 
(*-*)


GELAGAT SI TOMEY **SYQA**

Assalamualaikum...
Salam April kepada uolz... hahaha... sedar tak sedar dah masuk bulan April kan... Kejap jerk masa berlalu... Usia pun makin la meningkat... Umo Syqa pun makin meningkat jugak... hehe... Si Tomey ibu ni... makin hari makin lasak... Aku nak citer la... kejadain ni berlaku pada pagi Jumaat 1 April 2011... Chewah macam dah lama plok... padahal baru jerk pagi semalam ...huhu... Tengah aku dok syok2 membasuh kain dalam bilik air... Aku terpandang Syqa yg tengah bermain dengan remot kontrol astro... 

Mulanya aku jerit2 gak tak bagi dia main... tapi bila tengok dia senyap jerk main ngan benda alah tu... aku biarkan jew la... aku pikir senang skit aku nak wat keje nih... 

tapi ati ni rasa tak sedap plak tinggalkan dia sorang2 kat ruang tamu aku tu... aku pun jenguk sekejap... hahahaha nak tau aper yang berlaku??? 
meh kiter tengok sama2 yer... 

Pertama kali tengok..dia tgh gigit kayu kat kabinet tu... 

Menyelit dalam ruang yang ada tu... tu lah... remote astro di cari kat dalam tu.. 

Syqa nampak ibu tgh amik gmbar dia... 

Lagi dia wat tak tau jerk... berusaha gak nak dapatkan remote tu... 
Hermmm... Lasak tol anak ibu ni...
(*-*)..




Jumaat, 1 April 2011

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamulaikum...
Salam bersiaran... Kali ni aku nak kongsi bersama2 ngan uolz tentang kepentingan penyusuan ibu nih... Info ni pun aku dapat dari rakan aku yang tak akan di luput zaman... Chewahh... TQ Noor bagitahu aku tentang sumer nih... Selepas nih aku akan berusaha jugak memberikan yang terbaik tuk Si Tomey kesayangan ku ini... 

Gambar dari Google 
Kita sering buat interpretasi sendiri samada bayi cukup susu atau tidak berdasarkan gelagat bayi. Sukar untuk tentukan jumlah susu ibu yang telah diberikan jadi kita pula buat andaian sendiri.
1. kekerapan bayi menyusu. Ada ibu bapa jangka bayi perlu menyusu mengikut sela waktu tertentu. Ada jadual bila perlu menyusu. Bayi perlu menyusu mengikut keperluannya sendiri mengikut kekerapan untuk membesar. Kadang dalam sehari kekerapan menyusu berbeza waktu pagi dan petang.
2. bayi tiba-tiba kerap menyusu dan payudara terasa lembut. Kita sebagai ibu risau susu tak cukup. Ini sebenarnya bagus kerana payudara kosong sebab bayi kerap menyusu dan ini akan meningkatkan kadar stimulasi pengeluaran susu.
3. bayi makin kurang menyusu, jika kerap merisaukan, kurang juga merisaukan. Kemungkinan bayi mendapat susu yang mencukupi jika payudara mempunyai kapasiti simpanan yang banyak. Boleh periksa output lampin bayi.
4. bayi menyusu sekejab. Mungkin biasa dengar perlu menyusu dalam jangka masa tertentu untuk pastikan dapat hindmilk. Sebenarnya semua ini bergantung respon bayi dan payudara. Ada sudah dapat menyusu dengan banyak jika aliran laju dalam 5 ke 10 minit sahaja. Atau kerana bayi sudah pandai menyusu dengan betul.
5. bayi menangis dan menyusu 1 botol susu lagi selepas menyusu badan. Adakah kerana ia memang lapar atau ia menangis jadi untuk menenangkannya bagi botol susu. Selain lapar menangis boleh disebabkan kerana ingin menghisap lagi, alergi atau kembung.
6.bayi tersedak, berbunyi-bunyi dan menarik puting atau tidak menyusu lama atau mungkin menjerit, mungkin ini tanda susu terlalu banyak. Anda pula terasa sentiasa penuh sepanjang masa dan cuba mengosongkan susu. Cuba beri susu sebelah sahaja untuk menyusu dalam tempoh 24 jam.
7. meragam ketika lepas tengahari dan petang. Aliran susu berkurang, jadi susu keluar dengan pelahan, jadi bayi akan meragam bila susu kurang. Tambah pula kepenatan menyumbang kesabaran mereka berkurang. Bayi perlu kerap menyusu, namun ibu pula enggan menyusu sebab baru menyusu. Boleh cuba compress susu untuk tingkat aliran susu atau alih perhatiannya dengan berdukung atau menyanyi
8. bayi tak tidur sepanjang malam. Normal bayi bangun banyak kali dalam setahun pertama. Tidak normal jika tidur terlalu lama lebih 4 jam tanpa menyusu dalam bulan pertama. Ini mungkin tanda kurang susu jadi bayi tidur untuk simpan kalori. Selain itu bayi bangun kerap mungkin juga sebab sakit, tidak selesa atau kerana baru belajar merangkak, berdiri jadi semangat nak cuba. Atau juga kerana terlalu seronok di siang hari tak mahu makan, malam baru lapar dan nak menyusu bila dah kurang stimulasi.
9. baca bahasa badan bayi. Bayi cuba sampaikan susu sikit dengan kerut dahi, kening atau menarik dan lepas puting. Atau mungkin menekan payudara dengan tangan seperti anak kucing menyusu. Ini adalah cara untuk keluarkan susu. Bayi yang kurang sabar akan terus lepaskan payudara dan menjerit. Ibu selalu salah faham sangka bayi tidak mahu menyusu badan. Semua bayi mahu menyusu cuma kerana ada masalah dia menolak dengan tujuan ingin memberitahu sesuatu, dan kita pula sangka bayi tak mahu menyusu. Biasa bila bayi dah dapat susu, bayi akan mula relaks dan matanya pelahan-lahan tutup dan tidur.
Pengalaman saya menyusu anak-anak saya, semua ini saya alami. Pertama kali dulu saya sangka perlu jadual. Jika belum masa tidak boleh menyusu. Lama kelamaan saya belajar dari bayi-bayi saya. Beri bila mereka nak. Yang terakhir ini lagi kerap saya perlu menyusu sebab dia jenis hisap sedikit sahaja. Lagipun bayi menyusu badan tak lama 2 ke 3 tahun sahaja bukan sepanjang umur hidup mereka! Penat! Fikirkan usia mereka bersama kita tak sampai suku jika mereka hidup sehingga 60 tahun, jadi masa bayi inilah peluang rapat dan lebih masa bersama...

Kesimpulanya nak seribu daya ... tak nak seribu dalih kan... Sama2 lah kita menjaga kepentingan anak2 kita...