~~TERIMA KASIH~~

Selasa, 31 Mei 2011

20 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PENYUSUAN IBU

Assalamualikum...... 
Salam bersiaran untuk sekian lamanya menyepi... maap la yer... tah nape tak leh log in plak... gerammmmm sangat2... tah ape silapnyer aku pun tak tahu... haa..... las2 dapat gak log in... suke nye suke nye... baru lah leh berkongsi info kan... ha buat kengkawan yang menuggu info tu... N3 kali ni aku nak berkongsi ttg perkara- perkara yang perlu uolz tau tantang penyusuan ibu ni... kalo kita nak... macam2 kita leh dapat dari sumber yang kita perlu tau... meh kongsi info ngan aku plak yer... 


Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008 
  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untnk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air. Oleh itu, bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
  10. Payudara yang penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A, B kompleks, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dengan susu ibu  mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
  20. Ibu yang menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor


Cmne?? dah dapat ape yg perlu uolz tau ke?? tggu di lain N3 yer... harap2 dapat la kita berkongsi tentang penyusuan xclusif ni kan... chayokkk/..... 
(*-*)

Jumaat, 20 Mei 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 4

Assalamualaikum... 
Salam bersiaran lagi kan... kali ni nak ending kan EN3 PENYUSUAN SUSU IBU ni... dah banyak yg kita dah dapat ilmu kan... kali ni tambah kan lagi ilmu tu...maklumat ni amat berguna sangat... aku pun dah byak yg paham ni... tapi... nak tambah paham lagi ni.. jom kita ke soalan yang seterusnya... 


Soalan: 
Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?

Jawapan:
Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara di waktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan. 

Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.

Soalan:
Apa yang dikatakan 'keliru puting' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?



Jawapan:
Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.


Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.


Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberikan sekali atau dua  kali penyusuan menggunakan botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.


Soalan:
Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya?



Poncho yang menjadi pilihan ibu-ibu
Jawapan:
Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang sesuai untuk para ibu menyusukan anak. Selain itu kini terdapat alternatif untuk para ibu iaitu kain 'poncho', ia boleh digayakan sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan dari dilihat umum.


Soalan:
Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu bayi?


Jawapan:
Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:


  • Pola hisapan bayi akan berubah kepada 'hisap dan telan - hisap dan telan'. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku setiap kali bayi menghisap.
  • Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap kali penyusuan.


Alhamdulillah, lengkap sudah persoalan-persoalan yang kerap ditanya tentang penyusuan susu ibu. Aku  harap ia menjadi panduan buat ibu-ibu semua. InsyaAllah, jika diberikan kesempatan akan aku share lebih banyak lagi info-info tentang penyusuan susu ibu dan kesihatan. Sehingga bersiaran lagi dengan citer2 n info2 yg menarik lagi... 

(*-*)




PENYUSUAN SUSU IBU PART 3

Assalamualaikum.... 
Salam bersiaran di pagi Jumaat yg indah ini... amboi... dah macam sajak plak... nak taw lagi tak tentang PENYUSUAN SUSU IBU ni... ha... ari ni sambung lagilah part 3 nye taw... bukan nak copy n paste ajer... tp tuk maklumat anda sumer... bagi ibu2 tuk menambahkan pengetahuan tentang bab ni... k ad lagi soalan2 nyer... sama2 ki renungkan yer... 



Soalan:
Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?

Jawapan:
Kadangkala ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara:
  • Menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.
  • Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
  • Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari.
  • Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.
Soalan:
Kenapa susu saya kelihatan cair?

Foremilk vs Hind milk
Jawapan:
Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan  memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:
  • 'susu pertama' (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
  • 'susu pertengahan' mengandungi lebih khasiat protein.
  • 'susu akhir' (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.

Soalan:
Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?


Jawapan:
Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:
  • Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas.
  • Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.



Camne??... nak taw lagi??... nanti aku sambung ye part 4 plak... part yg terakhir la tu.. dah byak kan pengetahuan yg kita dapat... so, tiada kemusykilan lagi lah kan.... tak salah kita nak menambahkan pengetahuan kita ni... lbh2 lagi bila kita dah bergelar ibu... walopon duk umah jerk... kita kaya ngan ilmu... info ni berguna sangat... jumpa lagi.... 

(*-*)



Khamis, 19 Mei 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 2

Assalamualaikum.... 
Bersiaran lagi di petang hari... hehe... aku nak sambung balik EN3 yg aku post pagi tadi... ala... tentang PENYUSUAN SUSU IBU tu la... yang ni part 2 nye k... B.A.C.E tau... penting sangat sumer2 ni... k jom layan... 


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan "Permintaan menyusu"?



Jawapan:
Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan.


Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu'(demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang samaa akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).


Soalan:
Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?


Jawapan:
Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.


Soalan:
Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?





Jawapan:
Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.


Soalan:
Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup:


Jawapan:
Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat susu yang cukup ialah:


  • Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
  • Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
  • Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
  • Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
Ok wat sementara waktu ni fullstop dulu ye... nanti2 kite sambung lagi... kang letak byk2 kang juling plak mata nak bace kan... hehehe... selamat bersiaran lagi... 

(*-*)


PENYUSUAN SUSU IBU PART 1

Assalamualaikum...... 
EN3 kali ni aku nak kongsi bersama2 penyusuan susu ibu... info ni aku dapat dari kawan2 blogger... saje aku copy n paste tuk jadikan info kite  bersama ... juga tuk menambahkan pengetahuan aku tentang isu ni... sama2 kiter baca n rujuk beberapa soalan yang selalu dia ajukan knape PENYUSUAN SUSU IBU itu amat penting untuk ibu2 moden skang ni... sama2 kite renungkan... 




Soalan:
Kenapa menyusu awal itu penting?

Susu Awal - Kolostrum
Jawapan:
Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:


  • Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
  • Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan. Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.

Soalan:
Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?

Jawapan:
Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup berharga.

Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.

Soalan:
Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?

Jawapan:
Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana ini dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan. 

Susu yang keluar di 'akhir' setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif  mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

Soalan:
Bilakah susu mula dihasilkan?


Jawapan:
Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.

Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula mengjasilkan susu.

Soalan:
Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air  sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?

Jawapan:
Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapah hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.

Ok tuk EN3 kali ni dalam part 1 ni aku hanya share beberapa soalan ajer... Nanti jangan lupe ade sambungan lagi sampai part 4 tau... Maklumat n info ni amat berguna oleh ibu2 yang ader kat luar sane kan..Sehingga kita bersiaran lagi di part 2 plak... 

(*_*)



Sumber Asal: INFO: 16 Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Penyusuan Susu Ibu - Part I ~ Live Better... http://www.fw-shaklee2u.com/2011/03/info-16-soalan-yang-kerap-ditanya.html#ixzz1MaRdGJvB
Under Creative Commons License: Attribution

Selasa, 17 Mei 2011

SUSU IBU VS SUSU LEMBU

Salam sayunk pada uolz, ari ni aku nak kongsi info tentang mitos yang sll kite dgr ' susu badan xder la cmne nak bagi susu badan kat anak...' ' keturunan saya dulu memang xder susu.. tnye lak mak saya, dulu dia pun xder susu gak... ' uolz percaya tak ngan mitos sume tu?? pada aku sume tu ngarut jer.. nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.. kan!!!! meh kite bace same2 tentang mitos tu yang aku dapat dari tenet td.. dok cari2 sesuatu terjumpa plak aku artikel ni... jom layan... 


Susu Tak Cukup
Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...
  • Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
  • Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
  • Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
  • Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
  • Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... carilah info yang terlalu banyak kat tenet... tolong lahhh... tambah kan pengetahuan anda tentang perkara ni...EN3 akan datang aku akan cerita lagi tentang penyusuan ibu ni... 


Sumber Asal: INFO: Susu Ibu vs Susu Lembu ~ Live Better... http://www.fw-shaklee2u.com/2011/02/selamat-datang-ke-blog-dr-azwan-susu.html#ixzz1MaWt2r6e
Under Creative Commons License: Attribution

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU


Assalamualaikum...
Salam bersiaran pada uolz yg still setia menunggu en3 dr aku.. hehe (pasan la tuh)... dah lam xberEN3 nih... jari jemari dah mula mengeras dah.. idea pun dah makin lupus plak... adusssss.... cmner lah nak sll hupdate cm ni.. k lah sblum aku masuk ke citer yg seterusnyer aku nak hupdate skit citer yg tertinggal masa aku "bercuti" aie tu.. hehe dok kampung la kejap kan..

Selamat Pengantin Baru pada SIL aku Noor Azura dan pasangan nyer Md Faizol... semoga permulaan ini mnjadikan kehidupan korang mnjadi lbh matang mgharungi kehidupan kalian... bukan mudah nak menempuhi alam perkahwinan... smoga kalian sntiasa dilindungi....

K kat sini ader la skit gmbo pengantin baru nih... dek kerana sibuk melayan tetamu yg hadir... tangan ni tak berkesepatan memegang camera... dah ader handbag baru ni... paham2 ajerlah... merengek dia time orang ramai hehe... tok tidak menerkilankan korang sumer... ini jerlah gambo yg aku dapat yer...

~~~~~~~~~~~~~~~~~%%%~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelamin di sebelah pengantin pompuan... umah MIL aku lah... 
~~~~~~~~~~~~~~~~%%%~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Persandingan di rumah pengantin lelaki... 

~~~~~~~~~~~~~~~%%%~~~~~~~~~~~~~~
Antara koleksi baju2 persalinan pengantin... ad 6 persalinan tp aku smpat amik yg ini jerkkk.

Harap korang sumer tak berkecil hati lah yer... EN3 kali ni gambar yg smple jerk dari aku... tak per siap jerk gambo2 dorang t aku hupdate lagi kat sini k...

..........(*-*)........



Sabtu, 14 Mei 2011

HEPY BESDAY **SAYANG**

Assalamualaikumm....

Selamat Hari Lahir Sayang.........
ucapan itu ajer lah yang mampu aku hadiahkan buat insan yang teramat aku sayangi.... N3 ni patutnyer aku dah letakkan pada 19 April lepas tapi keadaan yang terpaksa n memaksa aku tak dapat nak hupdate.. tak per lah .. biar pun dah lepas tarikh nyer aku tetap nak letak... buat kenang kenangan di masa akan datang... mane lah tau blog ni lah peneman sayang nanti bila ayang xder...
masa tarikh ni pun aku hanya mampu wish dari jauh jerk... memandang kan aku nun jauh berada di kampung ... sedangkan en hubby sibuk bekerja... tapi bagi aku sumer tu tak penting.. yang penting hati ku ini telah berada disisi mu sayang... hehe... malu lah...

Gambar ehsan dari Google 

buat insan yang aku sayang...

Aku tak biasa ...
Bila tiada kau di sisiku


Aku tak biasa ...
Bilaku tak mendengar suaramu


Aku tak biasa 
Bila tak memeluk dirimu


Aku tak biasa 
Bila tidurku tanpa belaianmu


Ehsan dari Google


(*-*)



Rabu, 11 Mei 2011

KEMBALI BERSIARAN...

ASSALAMUALAIKUMMMMMMM................ 



wah!!! panjang nyer salam... ye lah kan da windu sangat dah kat umah aku nih... dah sebulan tak menghupdate... berabuk sane berabuk sini.. jap2 nak buang sawang jap.. fuh fuh fuh..... 
ha!!.. pasni jangan isau... aku dah kembali.... dengan citer2 yang bertambah manarik dan tertarik...  nanti aku akan hupdate gambor2 n citer2 baru n citer2 yang aku dah tertinggal yerk... ini cuma nak mengumumkan yang aku dah balik umah dah... windunyerrrrr....... tak sabar nak citer tentang perkembangan terbaru baby kesayangan aku nih... dah makin besar dah makin pandai n dah makin nakal... gerammmm ibu kat dia nih...  nanti aku hupdate sumer nyer yer... 

(*-*)