~~TERIMA KASIH~~

Khamis, 29 Ogos 2013

~7 KEBAIKAN DAN FAEDAH UTAMA ESP SHAKLEE~


Untuk pengenalan, Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikalyang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada:
  • Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
  • Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.
7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:
1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.
 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.
 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.
 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.
 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.
Jadi mengapa beli 1 canister sahaja tetapi tidak 6 canister untuk lebih penjimatan bagi seisi keluarga? Hubungi saya untuk mendapat harga istimewa!

Sebarang pertanyaan anda boleh terus sms @ whatsapp 011-23013821
Dapatkan esp anda hari ini... 

Selasa, 23 Julai 2013

~SET KECANTIKAN SHAKLEE~

Assalamualaikum readers
Alhamdulillah, semoga di bulan ramadhan ini kita semua di berkati. 
Sebagai permulaan langkah Jue sebagai ahli SHAKLEE Jue nak cadangkan suppliment yg terbaik untuk kecantikan.
Kenapa Jue mulakan dengan set kecantikan ini? 
Seperti kita ketahui, sebagai wanita kita memang tidak lari dari ingin kelihatan cantik sentiasa. 
Tak kira dimata suami atau kawan2 kita. 
Disini Jue ada cadangan untuk yg ingin kelihatan sentiasa cantik dan berseri. 
Pastikan setiap apa jua produk yg kita gunakan kita perlulah beristiqamah. Jangan mengaharapkan sesuatu yg sempurna itu datang secara tiba2 sudah tentu dengan istiqamah yg kuat, Insyallah semuanya jadi baik. 
Tak mo bebel bnyak2 jom kita fikir produk ape yg sesuai dengan kita .. 






Dah buat pilihan? 
hubungi Jue untuk dapatkan produk yg anda inginkan
Jue akan tawarkan harga yg menarik untuk anda semua. 

ID SHAKLEE : 923646
HUBUNGI : 011-23013821 @ 
pm kat fb Juesyqa Shaklee @ 
kalau ada branch shaklee terdekat gunakan 
ID Jue 923646 untuk dapatkan harga ahli 






Sabtu, 13 Julai 2013

~AHLI SHAKLEE~

Assalamualaikum... 
Dengan ini Jue umumkan , Jue sudah menjadi ahli shaklee dan pengedar shaklee.




ID NO : 923646

Alhamdulillah. segala yang Jue inginkan menjadi kenyataan. Tapi Jue baru sahaja di tahap permulaan. 
Masih banyak yang perlu Jue belajar. Dengan kesungguhan yang ada sekarang ni harap semuanya berjalan dengan sempurna. 
Terima kasih kepada pihak yang telah memperkenalkan Jue dengan Shaklee. 

salam ramadhan

~ENTRY DI BULAN RAMADHAN~

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita masih disini, masih berada di alam maya yg fana ini. Syukur kita masih berpeluang menyambut puasa, maknanya kita masih di beri peluang untuk menambahkan amalan kita. Subhanallah.
Agak lama Jue tidak menghupdate blog Jue semenjak dua menjak ni. Antara alasan nya, internet Jue tak memberi kesempatan. Dalam zaman yang serba canggih ni kalau tidak ada internet, rasa macam ketinggalan sangat.
Ye lah, dalam kita dok mengejar amalan akhirat, tak salah rasanya kita turut mengikuti teknology terkini kan.
Banyak juga perkara,cerita yang nak di kongsikan sebenarnya. Cuma, kesempatan tu yg tidak ada. Lebih2 lagi sedang menyambut bulan ramadhan yg barkah ni, masa perlu di penuhi dengan amalan yg mulia. Kepada readers Jue, (chewah! Mcm  ad je kan hehe) maaf dipinta. Masa tu yang membataskan Jue untuk menghupdate setiap entry. Insyaallah, kesempatan tu Jue akan berusaha mengambil peluang jika ada.
Sempena bulan ramadhan ini, sama samalah kita menambahkan amalan kita. Rindu untuk berblogging memang sesangat. Insyallah akan di usahakan nanti.
Denagan itu, semoga kita akan berjumpa di next entry ye..

Salam ramadhan.

Khamis, 25 April 2013

~LAMANYA MENYEPI~

Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah... setelah sekian lama Jue menyepi kini Jue kembali memblogging... Kesihatan Jue jugak semakin sihat.. Maaf dah lama tidak menghupdate sebarang berita,cerita,resepi n macam2 lagi dalam blog Jue semenjak dua menjak ni... 

Kesibukan sebagai seorang isteri dan ibu ni membatas segalanya... Tapi Jue bersyukur kerana masih lagi bernafas dialam fana ini.

Bukan merajuk, tapi sedikit hati ini ingin dipujuk.. entah kenapa hati ini semakin meningkat usia semakin pulak banyak terguris dengan setiap perkataan dan ungkapan dari mulut orang lain... lebih lebih lagi dari ahli keluarga sendiri... terasa pulak macam selama ini kita dok asyik menjaga hati orang sedangkan hati kita tiada siapa pulak yang peduli... terfikir jugak apa salah nya kita ni... 

Tapi apakandaya ... hati manusia.. sebaik mana pun kita pasti satu hari nanti orang akan tetap membenci... itukan sudah menjadi lumrah manusia kan.. 

Tapi Jue tetap akan bersyukur dengan setiap perbuatan mereka sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Mengasihani... tetap berserah pada Ilahi... akan satu hari nanti berbalas jua.... 

Samapai disini coretan Jue kali ini.. i.allah pasti akan ada lagi cerita menarik... setelah hati ini sedikit terubat... 

Salam penuh keberkatan... 
Amin.... 
=)

Isnin, 18 Mac 2013

~~UPDATE BABY RIZQIN~~

Assalamualaikum.... 

Adik Aqin dah 8 bulan... tapi lasak nye kemain lagi...
lau tengok baya2 adik Aqin ade yg baru nak belajar meniarap,
baru belajar merangkak
tapi udak techik ni sume dah boleh dah... 
ni dok heboh nak memanjat plak..
asal berdiri jer mula la tak lama lepas tu adik Aqin jatuh..
anak laki dik macam tu la.. 
hehe
dalam proses nak kuat kan kaki...
tapi yang paling tak tahan 
manja nya kemain lagi
skit2 nak nanges
adehhhh... manja sungguh si bujang ku ini...
 bab makan plak Jue memang masak sendiri 
NO NESTUM ye.. 
kalau si Syqa dulu Jue memang tak pandai nak sediakan
tak der pengalaman dan ilmu la katakan..
kesian kakak xmakan sangat masa tu
tu la sampai sekarang susah nak makan 
adik Aqin plak alhamdulillah suke tengok dia makan ape yang Jue masak
selalu la google resepi untuk dia... 
seronok bila tengok dia berselera.. 


gambo ehsan dr en google

Adik Aqin memang suka makan bila tekstur nasi tu lembik2 pejal...
so, Jue masak nasi macam biasa 
cuma lauk pauk dan sayur sayuran nya Jue masak berasingan 
bila dah masak Jue blend kan.. 
senang kan.. 
kalau dulu Jue tahu buat ni dah tentu Syqa pun suke makan...
yelah orang kata belajar dari pengalaman.. 

gambo ehsan dr en google 

selalunya Jue akan masak kan sayur sayuran buat adik Aqin 
buah buahan pulak Jue tak berkesempatan lagi nak 
bagi adik Aqin makan
nanti Jue google tuk dapatkan resepi ..

Sekian celoteh Jue tuk kali ini... 
nanti entry akan datang Jue cuba selitkan jugak antara 
resepi2 yang Jue selalu masakkan 
tuk adik Aqin yer.. 

^________^





Ahad, 17 Mac 2013

~~REZEKI ALLAH~~

Assaalamualaikum....

Alhamdulillah tadi kongsi resepi ni kongsi cerita pulak.
setelah lama tak menghupdate kan..
Jue masih disini sihat n cergas selalu..
cuma ruang waktu yang tidak mengizinkan..
Anak anak semakin melasak..
penat usah cakap lah kan...
tapi dek kerana tanggungjawab tu Jue laksanakan jugak..
bukan nak merungut tapi inilah yang selalu
 terjadi kat semua kaum-kaum hawa yang sudah bergelar isteri dan ibu ni..

gambar ehsan dr en google 

mana tak terlayan ngan kerenah anak anak
yang sedang membesar ni...
tapi ade jugak yang pertikaikan
*kerjaya* ni kan...

gambar ehsan dr en google

tapi inilah yang dikatakan rezeki dari Allah.. hehehe
**lucu plak tengok gambo atas ni.. 
macam pernah berlaku kat diri Jue plak.. 

Anak anak adalh rezeki Allah.. 
hargailah mereka.. 

Rusyqa n Rizqin 
wahai anak ibu.. 
jadilah insan yang berguna 
suatu hari nanti.. 
jadi kebanggaan ibu n ayah k.. 

selamat berjumpa lagi... 
x_____x



~~KERABU MANGGA SIMPLE~~

Assalamualaikum.... 



Kerabu Mangga Simple 

Dah... tetibe plak nak kongsi resepi hari ini.. 
macam macam hal betul Jue ni kan.. hikhikhik...
rasanya tak salah nk berkongsi salah satu kegemaran en soomi ku.. 
pada mulanya Jue buat resepi ni lau tak silap en soomi membebel gak 
dia cakap tah ape ape la yang di masaknye.. 
( untuk pengetahuan uolz en soomi ku ini begitu cerewet tentang pemakanan, yang terlalu modern ni tak di layan sangat.. ) heheh
tapi bila dah rasa.... seminggu lepas tu 1kg dia beli mangga muda nak dimakan dalam masa seminggu.. adehhhh...

kerana dia gemar sangat Jue buatkan juga.. 
melayan tekaknye tu.. sedap kan... kikiki...
 ok lah jom tgk resepi yang simple sangat nih... 

KERABU MANGGA SIMPLE

Bahan bahan 

1 biji mangga sederhana besar  *di hiris nipis( bajet tok 2or g k) 
1 biji tomato *di hiris nipis 
1/2 biji lobak merah * dihiris nipis
2 biji limau kasturi * diperah jusnya ( buang biji jgn lupa)
3 biji cili padi * dipotong halus jugak (tahap kepedasan memasing k)
1 labu bawang besar * dimayang halus
segenggam ikan bilis *dibasuh,digoreng dan ditumbuk 
sedikit garam
sedikit gula


Cara cara:
Masukkan kesemua bahan bahan diatas kedalam mangkuk. 
Gaulkan kesemuanya. 
Siap!!! mudah kan... 

Ha.. lau simple cenggini pun tak leh wat.. tak tahu lah kannnn.... 
K Jue ucapkan selamat mencuba pada yg sudi nak mencuba .. 

 ^________* 

Sabtu, 9 Mac 2013

~~SI BUJANG ANAKKU~~

Assalamualaikum...

Entri di petang hari hari ini.. Alhamdulillah... semuanya sihat sejahtera... Hari ini jue nak berceloteh pasal anak bujang jue yang satu nih... hari ini genap anak ibu Muhammad Rizqin Qarlish berusia 8bulan... Adik Aqin panggilan manja .. hehehe.. 


Syukur tak terhingga pada Allah swt.. telah kurniakan jue baby lelaki.. memang jue idamkan masa kelahiran kakak nye dulu.. buat masa ini sepasang sudah anak jue. 

Mengimbau kembali detik detik kelahiran adik Aqin... jue sangat2 mengharapkan kelahiran Aqin secara normal seperti kakak.. tp menurut doktor, jantung Aqin tak stabil.. jadi Aqin terpaksa di keluarkan secara caeseran.. erti kata pembedahan... 

Subhanallah ... saat menerima berita itu ibu sudah tak berdaya menolak sayang.. yang penting keselamatan adik yg ibu kasihi... 
pengalaman yang amat berbeza . memang jue tak rasa apa2 pun ketika proses kelahiran tu.. tau2 aje jue dah dengar adik Aqin menangis.. jururawat yg bertugas memberi peluang pada ibu mencium pipi adik Aqin.. malangnya berita len ibu terima adik Aqin terpaksa di masukkan ke NICU untuk rawatan selanjutnya... 

hati jue luluh . tp jue sabar.. doa tak pernah lekang dr bibir.. 
pengalaman itu bayak mengajar jue menjadi seorang ibu yang tabah..  
dan sekarang adik Aqin dah besar... 
dah 8bulan pun tak lama lagi adik Aqin akan mencecah setahun.. wah.. xsabar pulak jue rasa..


tgk la gelagat si bujang ni.. sekarang dah sibuk nak memanjat.. 


port yg selalu adik Aqin panjat... 


tak tau serik plak tu. padahal dah banyak kali jatuh terlentang tu... 


dah tu nak lepas tangan .. adehhh... merbahaya la dik oi... 



yeahhh.... adik berjaya ... 

stop sini dulu.. next time jue celoteh lagi pasal budak2 dua org ni... hehehe

sayonara/// 

Jumaat, 8 Mac 2013

~~SAFI RANIA GOLD LAGI~~

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kita masih bersua lagi... Sudah agak lama menghilang aka tak menghupdate kan... hehehe... 
Nak cerita lah... Hari tu kan jue sibuk dok bercerita tentang produk SRG ni.. hermm hari ni nak kongsi lah kan... i da beli... *_____* senyum sampai tinge la... 
cuma jue xbeli BB cream jerk dr SRG... yang tu tunggu lah bulan depan.. ag pun jue tak kerap guna sangat pon.. time kenduri ke, baru pkai... 
k jue nak cite lah... dah hampir 2minggu jue guna SRG.. alhamdulillah... jue rasa selesa sangat.. walopun pada awal nye agak kekok sedikit.. mau tak nye.. selama ni jue cuma guna pencuci muka n cream jer.. tapi dah ada semua set ni kena la pakai kan.. Insyaallah.. akan guna samapi bila2... jue sangat2 selesa... 
bau nye wangi seharum mawar... hikhik.. 

inilah set SRG yang jue guna sekarang ni... 

jue nak kongsi skit tentang pemakaian SRG ni.. 

pembersih muka cream/gel
masa jue pkai mula2 tu memang rasa lembut sangat... baunye wangi.. melekat kat muka baunye tu.. hikhik terasa lembut kulit muka 

scrub muka
tidak terlalu berbiji sangat... biji bjian nye tu selesa... ^____^

toner
jue sebenarnya susah sikit nak pakai toner dari dulu lagi. rasa macam leceh je.. dulu penah pakai yang jenama tawas tu kaler biru.. pedih bila sapu kat muka.. sejak tu dah tak pkai sebarang jenis toner.. tapi SRG ni toner nya wangi lah.. suke nak pkai... 

serum
selepas pakai toner jue sapu serum plak. serum ni lembut terus melekat kat muka. smooth jer. suka suka suka .. 

rawatan krim mata
mula2 jue pkai tak selesa coz macam berair jer.. tp tekad juga kan nak cantik punye pasal.. last2 jue dah ok setelah paki hampir 2minggu.

pelembap siang n malam
seronok pakai nya. sebelum ni jue tak terlalu obses nak guna.. mujur kulit jue ni bukan jenis yang banyak jerawat. cuma kusam n bintik2 itam dah mula muncul.. ni lah masanya kan.. hehe pelembap malam paling jue suka. sebelum ni tak pernah pakai pun event masa keje dulu. but now jue dah pakai. 

ni bukan perasan sendiri tau.. tapi sejak jue dah pakai 2minggu ni. jue rasa akan perubahan tu. dah rasa macam muka tu dah lembut jer. ada sedikit keserian di situ. hehe. orang kata nak cantik bukan boleh sekejap jer. kena lah usaha lagi.. k t jue akan hupdate lagi bila jue dah berjaya nampak kan hasilnya ya.. 
silalah mencuba. 





Khamis, 28 Februari 2013

~~KENAPA CHENTA QASEH~~

Assalamualaikum......

Seminggu menyepi malam ni kita bersua kembali... Tak banyak yang nak Jue kongsikan malam ni.. 
Cuma nak bercerita sedikit tentang kenapa Jue tukarkan tittle yang selama ini Jue gunakan... 

Kenapa CHENTA QASEH???? 
Hermmm... Persoalan inilah yang tak mampu nak Jue jawab... Tapi yang pasti Jue mengharapkan perubahan pada blog Jue pada tahun ini.. Jue juga mengharapkan agar rakan2 blogger alam maya ini menjadi pembaca setia kat blog Jue... 

Jue tak menjanjikan yang uolz akan mengaharapkan entry yang mantap mantap dari CHENTA QASEH... Cukuplah sekadar dapat berkongsi cerita,kisah,kesihatan,ilmu,info yang berguna kepada rakan2 Jue disini...

CHENTA QASEH melambangkan keharmonian sebuah keluarga kecil dari kehidupan seharian Jue... CHENTA bermakna Jue sayangkan keluarga kecil Jue ini.. Mengharapkan agar keluarga kecil ini terus menikmati kebahagiaan dan keharmonian...  Cinta dan sayangnya Jue terhadap suami tercinta, sepasang anak kecil Jue yang sentiasa menceriakan kehidupan Jue semalam,hari ini dan masa masa yang mendatang... QASEH bermakna betapa pentingnya kasih sayang antara kami sekeluarga.. Mengutuhkan ikatan ini sehingga hujung nyawa kami.. 

Pengarang jantung hati...
NUR RUSYQA ADRIANA 
dan 
MUHAMMAD RIZQIN QARLISH...

Cinta hati...
MOHD NOOR HELMI...

Semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati sehingga hujung nyawa....




Jumaat, 22 Februari 2013

SAFI RANIA GOLD~~

Assalamualaikum... 

weee weee.... entry di malam hari lagi... Udak Udak semua nya dah tidor... Jadi ibu dia pun ape lagi... Buka laptop la kan... Ce bace tajuk entry malam ni.. Wahhh.. tak tahan... huk huk huk... 

Alkisah nya... Sejak berumah tangga ni, Jue memang dah kurang sangat menjaga kecantikan muka ni.. Alasan nya sibuk menguruskan anak anak.. En Soomi dah lama tegur.. Muka ibu ni dah macam kusam jer dah sekarang ni.. 

\Huwaaaa.... Sedih tau... Kita macam ni pun sebab dik menguruskan hal rumah tangga dan anak anak tau... 
Alasan.. kaye En Suami ku.. hermmm.... tak pe lah cik abang akan ku usahakan jugak... Dalam seminggu ni asyik dok menggooggle jerk kejenye... Cari punya cari.. terjumpa dengan produk dari safi ni kan... 
Sekarang ni pun Jue memang setia dengan Safi.. tapi hanya pembersih muka, scrub dan cream kecantikan tu aje yang Jue amalkan.. Dah masuk 3siri ni a.k.a kertu..hehehe Jue masih gunakan safi balqis... Macam sama jerk.. Muka kusam jer... tak ceria pun.. 

Memandang kan Jue ni hanyalah fulltime housewife.. Jad produk yang nak digunakan mengikut kemampuan la kan,, Tak kan nak pakai Mary Kay plak... Tak mampu hakak... hehe... Memandangkan harga Safi ni murah jadi tak salah lah Jue nak mencuba.. Sebab nye hasil dari menggooggle.. Kebanyakan nye beri feedback yang bagus .. Teringin plak nak menterai... 

Jom kita tengok ape yang Safi Rania Gold ni ada.. Kalau bagus.. Minggu depan Shoppinggggg.... 

Pembersih wajah

  • Membersih debu, kotoran dan sisa mekap.
  • Melembut dan menghaluskan kulit dengan khasiat minyak Avokado.
  • Meremajakan kulit.
Gel Pembersih Wajah

  • Tekstur ringan berasaskan gel yang bertindak membersih wajah dengan lembut.
  • Mengekalkan kelembapan kulit di samping mengawal lebihan minyak di wajah.
  • Sebaik-baiknya digunakan di waktu malam.

Pembersih Wajah Lembapan Mendalam

  • Dirumus dengan pH seimbang yang sesuai untuk semua jenis kulit, ia membersih kotoran pada wajah dengan efektif.
  • Mengatasi masalah kulit kering dengan melembapkan kulit secara mendalam.
  • Menjadikan kulit lebih halus.
Scrub Wajah

  • Berbeza dengan yang lain, skrub ini lembut membersih untuk mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori tanpa menghakis kelembapan semula jadi kulit.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit baharu yang lebih berseri.
  • Sesuai digunakan 2 – 3 kali seminggu.
Penyegar

  • Rumusan berasaskan air dan bebas alkohol yang mengembalikan kesegaran wajah.
  • Menganjal, mengecilkan pori-pori dan menghaluskan kulit wajah dengan ekstrak air mawar.

Serum

  • Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit.
  • Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Membantu menyamaratakan tona kulit.
Pelembap Siang

  • Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya.
  • Melembap dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit.
  • Melembut, menghalus dan menganjalkan kulit.
Pelembap Malam

  • Krim berasaskan gel yang menyerap pantas ke dalam kulit.
  • Menggalakkan pemulihan sel-sel kulit yang aktif di waktu malam dan menghalang kemunculan tanda-tanda awal penuaan.
  • Menghidratkan kulit dari dalam lalu menampilkan kulit wajah berseri keesokan hari.
Cream Kontur Mata

  • Rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif.
  • Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap.
  • Menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata.
Cream Kecantikan

  • Menyamar noda di wajah di samping menyamaratakan tona kulit.
  • Membekalkan pelbagai nutrien untuk kulit wajah sepanjang hari.
  • Sesuai sebagai asas solekan agar keserian wajah lebih terserlah.

Hermmmm ... Dah lengkap 1set produk ni... Minggu depan jadik la shopping/... Tak Cuba Kita tak tahu kan... Hasil menggooggle dorang cakap 3minggu dah nampak hasilnya.. Sempat lah nanti nak melaram ngan wajah baru wedding SIL nnti..

SELAMAT MENCUBA pada diri sendiri.....

*MUD_Heppy heppy nak berubah wajah.... hehehehe


Khamis, 21 Februari 2013

SEMANGAT....

Assalamualikum..... 

Alhamdulillah bersua lagi.. Pelikkan... Tgh memalam bute ni Jue menghupdate... hahahaha.. Tajuk N3 tak tahan.. hik hik  sape sangka.. masa yang ada hanya memalam cenggini... siang2 hari bz bebenor.. 
Bukan bz ape pun... Melayan kerenah anak2 n en soomi ni macam2 sebenor nye... 
dah tengah2 ,malam ni... Tetibe jerk hati nak nak bercerita sikit kan.. Excelly... sejak Jue berumah tangga ni berat badan Jue semakin menjadik2 ... Nak plak selepas bernikah dulu... siyeesss... masa nikah dulu my weight cuma 52kg jer... dah suke bebenor dah ngan weight mcm tu.. harap2 leh menten kan.. tapi rupe nye tidak seperti ku jangka kan.. huk huk huk... 

Kenaikan mendadak selepas 3bulan nikah daripada 52kg twos ke 62kg... ha.... msti xcaye kan.. padahal masa tu belum pegnent lagi.. 10kg tau.. membulat Jue kat umah.. hohohoho... 

Masa setat pegnant my baby 1st , Syqa.. berat diawal kehamilan 63kg... tp sykur pas bersalin berkat diet berat Jue 60kg.. tp Jue masih tak berpuas hati.. tgh dok2 berdiet.. melekat pulak adik nya Aqin.. hehe.. tak jadi nak diet... hermmm... sampai la ni ha.. menten ngan 61kg.. 

Hati ni meronta ronta nak berdiet lagi.. tak nak la kurus sgt pun.. cukup lah sekadar lepas nak pakai baju berpesen pesen... jeles tengok baju lawa lawa kat tenet.. 

Jue pun mula dok menggooggle.. macam2 produk yang Jue dapat...
Dan hati ni berkenan ngan produk Saklee ... I.Allah.. Jue akan cuba jugak dapatkan set slimming yg di tawarkan... Dan I.Allah... Kalau Jue dah cuba produk tu.. Akan Jue kongsikan pada uolzz k.. 



Kuatkan semangat ku.. hehe... Semoga dapat berat badan yang diidamkan.. 

Ini pulak set slimming 

Ini adalah set kecantikan.... 

Nak nampak Muda remaja la katekan.. padahal dah kertu.. hahaha.. 

Banyak lagi lah set yang ditawarkan.. tp hati ni berkenan dengan set kecantikan dan slimming je... Kalau ade rezeki lebih rasanya tak salah berbelanja lebih untuk kesihatan.. lagipun produk shaklee ni... Adalah produk kesihatan juga.. Tak salah mencuba kan.. Chayok chayok... 

*Mud_Berangan nak kurus nih.. huhu

*______^


Rabu, 6 Februari 2013

ANUGERAH

Assalamualaikum... 

Salam kerinduan Jue hulurkan buat rakan rakan blogger di alam maya ini.. ahai... dah macam tulis surat cinta plak rasanya.. hahaha.. 
Bertahun sudah Jue tak jenguk blog Jue ni.. Rindu yang teramat sangat.. Cerita pun macam macam yang ada.. Rasanya tak muat page ni .. main sambungan sambungan aje lah nanti.. 
Alhamdulillah..Sekarang Jue suda pun memiliki dua orang cahaya mata yang cute dan comel.. Syukur tak terhingga.. Dengan anugerah yg Allah berikan...


Kesayangan hati ibu Rusyqa & Rizqin

Perjalanan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cubaan mematang kan kehidupan Jue sehari seharian..
Anugerah dan rahmat Yang Maha Esa ini, Insyaallah akan Jue gagahkan demi kehidupan dan kebahagiaan kami sekuarga..
Amin......... 

Jumaat, 1 Februari 2013

ALHAMDULILLAH.........

Assalamualaikum....

Fuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh..............
Fuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh.........
Hadoiii..............
Berabuk nyeeeeeeeeeeee..........
Shohhhhhhhhh Shooohhhhhh... Gajah Unta Lipas... Kuar cepat. Tuan tanah dah datang ni........
hehehe

Lamanya Jue  tak berblogging... almaklumlah.. en berokben dah majuk.. lama xbyar.. hehe.. Dah lama x jenguk blog.. Jue perasan view nye dah mencecah 2ribu dah.. alhamdulillahh... Amin... Masih ader yang sudi menjenguk kan..

Mintak maaf la ye.. Tuan tanah xder masa nak jengah .. Kemudahan dah ditarik balik kan ,.. huhu..
Apa pun Jue nak ucapkan ribuan n jutaan terima kasih pada yang sudi menjengah Jue.. TERHARU RASANYA..

Insyaallah pas ni Jue akan cuba n cuba menghupdate ye..

Salam dari jue..

^_______^ jumpa lagi..