~~TERIMA KASIH~~

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

~AHLI SHAKLEE~

Assalamualaikum... 
Dengan ini Jue umumkan , Jue sudah menjadi ahli shaklee dan pengedar shaklee.




ID NO : 923646

Alhamdulillah. segala yang Jue inginkan menjadi kenyataan. Tapi Jue baru sahaja di tahap permulaan. 
Masih banyak yang perlu Jue belajar. Dengan kesungguhan yang ada sekarang ni harap semuanya berjalan dengan sempurna. 
Terima kasih kepada pihak yang telah memperkenalkan Jue dengan Shaklee. 

salam ramadhan

~ENTRY DI BULAN RAMADHAN~

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita masih disini, masih berada di alam maya yg fana ini. Syukur kita masih berpeluang menyambut puasa, maknanya kita masih di beri peluang untuk menambahkan amalan kita. Subhanallah.
Agak lama Jue tidak menghupdate blog Jue semenjak dua menjak ni. Antara alasan nya, internet Jue tak memberi kesempatan. Dalam zaman yang serba canggih ni kalau tidak ada internet, rasa macam ketinggalan sangat.
Ye lah, dalam kita dok mengejar amalan akhirat, tak salah rasanya kita turut mengikuti teknology terkini kan.
Banyak juga perkara,cerita yang nak di kongsikan sebenarnya. Cuma, kesempatan tu yg tidak ada. Lebih2 lagi sedang menyambut bulan ramadhan yg barkah ni, masa perlu di penuhi dengan amalan yg mulia. Kepada readers Jue, (chewah! Mcm  ad je kan hehe) maaf dipinta. Masa tu yang membataskan Jue untuk menghupdate setiap entry. Insyaallah, kesempatan tu Jue akan berusaha mengambil peluang jika ada.
Sempena bulan ramadhan ini, sama samalah kita menambahkan amalan kita. Rindu untuk berblogging memang sesangat. Insyallah akan di usahakan nanti.
Denagan itu, semoga kita akan berjumpa di next entry ye..

Salam ramadhan.

Khamis, 15 Disember 2011

TRIMESTER PERTAMA

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah... hari ini Jue ke Klinik kesihatan berdekatan.. nak daftar kan kewujudan bayi dalam kandungan ni.. hehe.. walopun terasa lambat nyer lah proses pendaftaran tu tadi.. tapi Jue puas hati lah.. sekurang2 nyer janin dalam kandungan Jue ni merasakan yang ibu nya menghargai kehadiran nya dalam keluarga kecil ni.. Maka bermulalah Trimester yang pertama jue sebagai ibu untuk bayi yang kedua ni.. 

Alahan kali ni teruk sedikit daripada masa mengandungkan Syqa dulu.. kali ni asal masuk jerk makanan pasti nak keluar balik.. parah macam ni.. tapi yelah org kate kan .. pengalaman ibu mengandung ni berbeza2.. 

Yang pastinya sekarang ni janin yang ader dalam pwot ni dah menjangkau usia 9 minggu sudah... masih dalam trimester pertama dimana Jue kerap muntah dan loya2.. 

Cerita pasal ngidam.. wat sementara ni belum ader rasa lagi lah kan .. tapi tah tahu lah masa akan datang nnti.. cuma berasa agak sedih kerana minggu hadapan en suami akan ke sabah dan Sarawak pulak selama 2minggu.. tak der lah sape yang nak melayan kerenah ibu mengandung ni nnti kan..  Sedih pun ader ni.. nak berjauhan ngan suami tercinta.. tapi demi tugas ape yang boleh Jue buat.. mungkin ni adalah permulaan rezeki tuk bayi kedua kami ini.. 

Jue nak berkongsi sedkit tentang kehamilan Trimester pertama ni.. ini pun Jue banyak mencari kat beberapa blog untuk mendapat kan info.. jadi Jue semadikan kat blog Jue ni sebagai tips n info kita bersama..



Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyakkanlah kaum2 ibu minum air putih atau jus buah di luar jadul pemakanan kita.. 
Makanlah jenis makanan yang mudah cerna seperti nasi jagung, kentang, ubi dll. Lebih baik kita hindarkan makanan yang berlemak atau berminyak.. sebabnya Jue pernah merasai nya sekarang.. diamana setiap kali makan makanan yang berminyak Jue cepat loya dan akhirnya muntah.. 

Kalau boleh hindari lah jugak pada bau bauan yang neyengat yakni menosok ke lubang kalbu.. hehe tak pasal2 jerk nanti kita akan rasa mual dan muntah lagi.. 

Bila dah muntah, biasakanlah ibu2 hamil ni menggosok gigi yang ini pulak bagi menghindari rasa loya dan muntah tu datang kembali.. 
 Pastikan semasa kita bangun tidor bangun dengan perlahan2 jangan lah bangun dengan secara cepat bagi mengelakkan rasa pening .. 
Ader baiknya bila kita ditahap trimester pertama ni.. makan lah dengan sekadar ala kadar.. tapi kerap makan ini juga bagi mengelakkan rasa mual dan loya tu.. Minum susu panas bila ibu2 terasa tidak dapat tidor malam .. bagi yang mengalami sembelit pulak pastikan anda minum 12 gelas air dalam masa 1 hari ... 

Inilah tips berguna yang dapat Jue kongsikan bersama.. 

Harap2 dapat lagi kita bersua lagi.. sekian dulu untuk kali ini.. 


Jumaat, 3 Jun 2011

PENYUSUAN KETIKA MENGANDUNG

Assalamulaikum.... 
Salam bersiaran di pagi Jumaat... Kalo semalam kita tgk keletah anak ibu kan... so, ari ni aku nak berkongsi sedikit info tentang Penyusuan Ibu ni.. kita selalu dgr orang tua2 selalu berkata " tak elok menyusukan anak sewaktu kita tgh mengandung lagi.. khasiat sume tak dapat kat bayi dalam kandungan tu" ader jugak aku dengar... " kalo ko nyusukan anak masa ko ngandong.. yang diminum tu bukan susu tapi darah dari anak ko yg dalam perut tu... sok2 kuar xder khasiat plak udak tu nanti.," 

Ha... selalu kan uolz dgr mitos2 ni sumer... k info ni aku cari jugak.. sbb nyer aku nak tau.. mane lah tau... kot2 Syqa dah setaun lbh sok... beradik plak dia...hehe...(OMG)..... so, aku cari info ni... sama2 kita paham n belajar tentang perkara yang kadang2 xsumer kaum ibu tahu... topik ni kita kate kan penyusuan ketika mengandung atau istilah tendem nursing while pregnant... 
Memang ramai yang ragu-ragu tentang hal ini. Ramai yang susah hati nak menyusukan anak di saat mendapat berita mengandungkan anak seterusnya. Jgn risau  tak perlu memberhentikan penyusuan apabila mengetahui bila uolz mengandung lagi. Aku sokong sangat2 penyusuan ketika mengandung.

Sedikit fakta tentang penyusuan ketika mengandung:
1) Ada ibu yang risau tentang kontraksi ketika menyusukan anak toddler dan akan menyebabkan bayi yang dikandung gugur atau risiko melahirkan lebih awal (bagi ibu yang normal dan tidak pernah ada sejarah keguguran atau kes rahim lemah) – hakikatnya kontraksi yang terjadi semasa penyusuan ketika mengandung adalah mild dan tidak cukup kuat utk menolak bayi utk keluar lebih awal (ianya sama seperti selepas melakukan hubungan intim suami isteri ketika mengandung). Jadi jgn bimbang! 
2) Anda mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya jika menyusukan semasa mengandung. Please, have a good rest (ingatkan diri sendiri, hehe) 
3) Anda mungkin akan berasa sakit atau puting susu akan menjadi lebih tender tidak seperti sebelum ini. Anda boleh alihkan posisi bayi atau berfikir tentang hal lain (alihkan perhatian) yang lebih menyeronokkan berbanding mengeluh aduh sakit.. sakit… tolong… sakit… 
4) Anda juga seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul. makan makanan berzat, minum air dgn kuantiti yang sepatutnya utk kesihatan diri anda dan juga bayi. 
5) Anda juga akan mendapati susu akan berkurangan apabila tiba masuk trimester kedua. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan pada masa ini juga kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu utk anak yang lebih tua. Pada masa ini bnyk ibu yang khuatir tentang keperluan susu anak mereka. Ketahuilah, setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai membahagi masa yang lebih utk memujuk anak yang baru bercerai susu ibu.
6) Susu ibu pada waktu ini juga akan berubah rasanya dan kebanyakan anak akan berhenti sendiri setelah menyedari rasanya sudah berubah. Jgn bersedih, anda boleh cuba utk memujuk mereka menyusu semula setelah bayi baru anda lahir nnti 
7) Ramai juga ibu yang mendapati anak mereka akan mahu menyusu semula dan lebih kerap dari bayi baru lahir kerana ‘susu’ mereka yang asal sudah kembali  Ada yang boleh melekap dgn baik seperti sebelumnya, dan mungkin ada yang sudah lupa sehingga ibu sendiri berasa tidak selesa. Jika ibu memilih utk tidak menyusu anak yang terdahulu, anda boleh beri mereka minum melalui sippy cup atau mengajak mereka melalui pertalian penyusuan dgn cara lain. tetapi bagi aku, breast is ready, berikan! 

Okey last but not least ... Ce uolz tgk gambo2 ni... ce tgk ce tgk... mat saleh pun tahu n memahami tentang kepentingan Penyusuan Susu ibu  ni.. sebagai orang Melayu n orang Malaysia... agak2 uolz tak rasa malu ke ngan tindakan dorang ni... 
Gambar dari Google

Keindahan menyusu tak dapat nak cerita nikmatnya.
Selamat menyusukan, semua ibu yang mengandung!
*Psssttt... : Artikel ini bukan juga rujukan utama dalam kes-kes yang berbeza. Utk maklumat lanjut, uolz boleh hubungi mana-mana kaunselor atau konsultan laktasi yang lain, atau merujuk kepada yang lebih pakar.

(*-*)

Selasa, 31 Mei 2011

20 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PENYUSUAN IBU

Assalamualikum...... 
Salam bersiaran untuk sekian lamanya menyepi... maap la yer... tah nape tak leh log in plak... gerammmmm sangat2... tah ape silapnyer aku pun tak tahu... haa..... las2 dapat gak log in... suke nye suke nye... baru lah leh berkongsi info kan... ha buat kengkawan yang menuggu info tu... N3 kali ni aku nak berkongsi ttg perkara- perkara yang perlu uolz tau tantang penyusuan ibu ni... kalo kita nak... macam2 kita leh dapat dari sumber yang kita perlu tau... meh kongsi info ngan aku plak yer... 


Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008 
  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untnk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air. Oleh itu, bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
  10. Payudara yang penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A, B kompleks, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dengan susu ibu  mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
  20. Ibu yang menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor


Cmne?? dah dapat ape yg perlu uolz tau ke?? tggu di lain N3 yer... harap2 dapat la kita berkongsi tentang penyusuan xclusif ni kan... chayokkk/..... 
(*-*)

Jumaat, 20 Mei 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 4

Assalamualaikum... 
Salam bersiaran lagi kan... kali ni nak ending kan EN3 PENYUSUAN SUSU IBU ni... dah banyak yg kita dah dapat ilmu kan... kali ni tambah kan lagi ilmu tu...maklumat ni amat berguna sangat... aku pun dah byak yg paham ni... tapi... nak tambah paham lagi ni.. jom kita ke soalan yang seterusnya... 


Soalan: 
Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?

Jawapan:
Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara di waktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan. 

Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.

Soalan:
Apa yang dikatakan 'keliru puting' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?



Jawapan:
Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.


Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.


Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberikan sekali atau dua  kali penyusuan menggunakan botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.


Soalan:
Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya?



Poncho yang menjadi pilihan ibu-ibu
Jawapan:
Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang sesuai untuk para ibu menyusukan anak. Selain itu kini terdapat alternatif untuk para ibu iaitu kain 'poncho', ia boleh digayakan sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan dari dilihat umum.


Soalan:
Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu bayi?


Jawapan:
Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:


  • Pola hisapan bayi akan berubah kepada 'hisap dan telan - hisap dan telan'. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku setiap kali bayi menghisap.
  • Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap kali penyusuan.


Alhamdulillah, lengkap sudah persoalan-persoalan yang kerap ditanya tentang penyusuan susu ibu. Aku  harap ia menjadi panduan buat ibu-ibu semua. InsyaAllah, jika diberikan kesempatan akan aku share lebih banyak lagi info-info tentang penyusuan susu ibu dan kesihatan. Sehingga bersiaran lagi dengan citer2 n info2 yg menarik lagi... 

(*-*)




PENYUSUAN SUSU IBU PART 3

Assalamualaikum.... 
Salam bersiaran di pagi Jumaat yg indah ini... amboi... dah macam sajak plak... nak taw lagi tak tentang PENYUSUAN SUSU IBU ni... ha... ari ni sambung lagilah part 3 nye taw... bukan nak copy n paste ajer... tp tuk maklumat anda sumer... bagi ibu2 tuk menambahkan pengetahuan tentang bab ni... k ad lagi soalan2 nyer... sama2 ki renungkan yer... 



Soalan:
Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?

Jawapan:
Kadangkala ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara:
  • Menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.
  • Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
  • Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari.
  • Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.
Soalan:
Kenapa susu saya kelihatan cair?

Foremilk vs Hind milk
Jawapan:
Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan  memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:
  • 'susu pertama' (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
  • 'susu pertengahan' mengandungi lebih khasiat protein.
  • 'susu akhir' (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.

Soalan:
Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?


Jawapan:
Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:
  • Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas.
  • Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.



Camne??... nak taw lagi??... nanti aku sambung ye part 4 plak... part yg terakhir la tu.. dah byak kan pengetahuan yg kita dapat... so, tiada kemusykilan lagi lah kan.... tak salah kita nak menambahkan pengetahuan kita ni... lbh2 lagi bila kita dah bergelar ibu... walopon duk umah jerk... kita kaya ngan ilmu... info ni berguna sangat... jumpa lagi.... 

(*-*)



Khamis, 19 Mei 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 2

Assalamualaikum.... 
Bersiaran lagi di petang hari... hehe... aku nak sambung balik EN3 yg aku post pagi tadi... ala... tentang PENYUSUAN SUSU IBU tu la... yang ni part 2 nye k... B.A.C.E tau... penting sangat sumer2 ni... k jom layan... 


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan "Permintaan menyusu"?



Jawapan:
Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan.


Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu'(demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang samaa akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).


Soalan:
Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?


Jawapan:
Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.


Soalan:
Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?





Jawapan:
Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.


Soalan:
Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup:


Jawapan:
Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat susu yang cukup ialah:


  • Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
  • Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
  • Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
  • Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
Ok wat sementara waktu ni fullstop dulu ye... nanti2 kite sambung lagi... kang letak byk2 kang juling plak mata nak bace kan... hehehe... selamat bersiaran lagi... 

(*-*)


PENYUSUAN SUSU IBU PART 1

Assalamualaikum...... 
EN3 kali ni aku nak kongsi bersama2 penyusuan susu ibu... info ni aku dapat dari kawan2 blogger... saje aku copy n paste tuk jadikan info kite  bersama ... juga tuk menambahkan pengetahuan aku tentang isu ni... sama2 kiter baca n rujuk beberapa soalan yang selalu dia ajukan knape PENYUSUAN SUSU IBU itu amat penting untuk ibu2 moden skang ni... sama2 kite renungkan... 




Soalan:
Kenapa menyusu awal itu penting?

Susu Awal - Kolostrum
Jawapan:
Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:


  • Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
  • Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan. Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.

Soalan:
Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?

Jawapan:
Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup berharga.

Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.

Soalan:
Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?

Jawapan:
Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana ini dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan. 

Susu yang keluar di 'akhir' setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif  mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

Soalan:
Bilakah susu mula dihasilkan?


Jawapan:
Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.

Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula mengjasilkan susu.

Soalan:
Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air  sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?

Jawapan:
Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapah hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.

Ok tuk EN3 kali ni dalam part 1 ni aku hanya share beberapa soalan ajer... Nanti jangan lupe ade sambungan lagi sampai part 4 tau... Maklumat n info ni amat berguna oleh ibu2 yang ader kat luar sane kan..Sehingga kita bersiaran lagi di part 2 plak... 

(*_*)



Sumber Asal: INFO: 16 Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Penyusuan Susu Ibu - Part I ~ Live Better... http://www.fw-shaklee2u.com/2011/03/info-16-soalan-yang-kerap-ditanya.html#ixzz1MaRdGJvB
Under Creative Commons License: Attribution

Selasa, 17 Mei 2011

SUSU IBU VS SUSU LEMBU

Salam sayunk pada uolz, ari ni aku nak kongsi info tentang mitos yang sll kite dgr ' susu badan xder la cmne nak bagi susu badan kat anak...' ' keturunan saya dulu memang xder susu.. tnye lak mak saya, dulu dia pun xder susu gak... ' uolz percaya tak ngan mitos sume tu?? pada aku sume tu ngarut jer.. nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.. kan!!!! meh kite bace same2 tentang mitos tu yang aku dapat dari tenet td.. dok cari2 sesuatu terjumpa plak aku artikel ni... jom layan... 


Susu Tak Cukup
Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...
  • Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
  • Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
  • Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
  • Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
  • Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... carilah info yang terlalu banyak kat tenet... tolong lahhh... tambah kan pengetahuan anda tentang perkara ni...EN3 akan datang aku akan cerita lagi tentang penyusuan ibu ni... 


Sumber Asal: INFO: Susu Ibu vs Susu Lembu ~ Live Better... http://www.fw-shaklee2u.com/2011/02/selamat-datang-ke-blog-dr-azwan-susu.html#ixzz1MaWt2r6e
Under Creative Commons License: Attribution

Selasa, 5 April 2011

ENAM PESANAN KHUSUS TUK WANITA


Assalamualaikum....

Siaran kali ni mari kita sama2 hayati sedikit ilmiah daripada rakan blogger aku... 



1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.