~~TERIMA KASIH~~

Jumaat, 20 Mei 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 3

Assalamualaikum.... 
Salam bersiaran di pagi Jumaat yg indah ini... amboi... dah macam sajak plak... nak taw lagi tak tentang PENYUSUAN SUSU IBU ni... ha... ari ni sambung lagilah part 3 nye taw... bukan nak copy n paste ajer... tp tuk maklumat anda sumer... bagi ibu2 tuk menambahkan pengetahuan tentang bab ni... k ad lagi soalan2 nyer... sama2 ki renungkan yer... 



Soalan:
Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?

Jawapan:
Kadangkala ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara:
  • Menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.
  • Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
  • Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari.
  • Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.
Soalan:
Kenapa susu saya kelihatan cair?

Foremilk vs Hind milk
Jawapan:
Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan  memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:
  • 'susu pertama' (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
  • 'susu pertengahan' mengandungi lebih khasiat protein.
  • 'susu akhir' (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.

Soalan:
Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?


Jawapan:
Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:
  • Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas.
  • Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.



Camne??... nak taw lagi??... nanti aku sambung ye part 4 plak... part yg terakhir la tu.. dah byak kan pengetahuan yg kita dapat... so, tiada kemusykilan lagi lah kan.... tak salah kita nak menambahkan pengetahuan kita ni... lbh2 lagi bila kita dah bergelar ibu... walopon duk umah jerk... kita kaya ngan ilmu... info ni berguna sangat... jumpa lagi.... 

(*-*)



Tiada ulasan: