~~TERIMA KASIH~~

Sabtu, 2 April 2011

HIDANGAN UNTUK BAYI 6 BULAN KE ATAS

Assalamulaikum.... 
Salam bersiaran lagi.... Kali ni aku nak citer skit tentang pemakanan kepada bayi kita ni... especelly tok baby ibu ni.. Syqa... yerla syqa pun dah 6 bulan... jadi aku dengan bersungguh2 nya.. memberi yang terbaik tok dia... kat bawah ni ada sedikit info tok kita kongsi bersama..
Gambar dari Google
6 ke 7 bulan
Kategori Bijirin - Bijirin beras bayi diambil 2 kali sehari sebanyak 1- 3 sudu besar
Kategori Susu - Susu diambil 4 kali sehari sebanyak180 ml – 240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau, bayam, karot, ubi kentang yang dimasak diambil 2 kali sehari sebanyak 2 – 3 sudu besar
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan (kecuali oren dan tomato) diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan di hancurkan(pureed) seperti betik, epal, pisang sebanyak 2- 3 sudu besar
Kategori Daging atau alternatif -Kacang pea, tofu   hancur(mashed),kekacang dihancurkan sebanyak 1- 2 sudu besar mengikut keperluan


8 ke 9 bulan
Kategori Bijirin – Bubur ikan atau campuran bijirin, oat, diambil 2 kali sehari sebanyak 3- 5 sudu besar. Berikan biskut atau roti sebagai snek.
Kategori Susu - Susu diambil 3 kali sehari sebanyak 210-240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau dimasak dan cincang, bayam, karot, ubi kentang yang dimasak diambil 2 kali sehari sebanyak 3 – 5 sudu besar
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan dicincang
Kategori Daging atau alternatif –ikan tanpa tulang, tofu hancur, kekacang daging merah dihancur halus sebanyak 2 sudu besar 2 kali sehari.

Perhatian 
 elak makanan yang boleh menyebabkan tercekik
 elak makanan berminyak, pedas atau bergoreng
 jus berikan tanpa pemanis.
 Boleh tambah yogurt untuk bayi

10-12 bulan
Kategori Bijirin – bijirin, mee hoon. Bubur dengan daging merah, ayam atau ikan dicincang/lenyek. Diambil 2 - 3 kali sehari sebanyak ¾ - 1 mangkuk. Berikan biskut atau roti sebagai snek.
Kategori Susu - Susu diambil 3 kali sehari sebanyak 240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau dimasak dan cincang, bayam, karot, saleri yang dimasak diambil 2 – 3 kali sehari sebanyak 3 – 5 sudu besar
Gambar dari Google
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan (kecuali oren dan tomato) diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan yang lembut dipotong kecil-kecil seperti pisang, oren, pear dan mangga.
Kategori Daging atau alternatif – tofu, kekacang, daging merah, ayam dihancur halus sebanyak 2 sudu besar 2 kali sehari.
Boleh mula ajar bayi makan sendiri.
Selepas 12 bulan baru boleh mula beri telur. Sebelum 1 tahun elakan ambil telur putih.

Tiada ulasan: