~~TERIMA KASIH~~

Jumaat, 22 Februari 2013

SAFI RANIA GOLD~~

Assalamualaikum... 

weee weee.... entry di malam hari lagi... Udak Udak semua nya dah tidor... Jadi ibu dia pun ape lagi... Buka laptop la kan... Ce bace tajuk entry malam ni.. Wahhh.. tak tahan... huk huk huk... 

Alkisah nya... Sejak berumah tangga ni, Jue memang dah kurang sangat menjaga kecantikan muka ni.. Alasan nya sibuk menguruskan anak anak.. En Soomi dah lama tegur.. Muka ibu ni dah macam kusam jer dah sekarang ni.. 

\Huwaaaa.... Sedih tau... Kita macam ni pun sebab dik menguruskan hal rumah tangga dan anak anak tau... 
Alasan.. kaye En Suami ku.. hermmm.... tak pe lah cik abang akan ku usahakan jugak... Dalam seminggu ni asyik dok menggooggle jerk kejenye... Cari punya cari.. terjumpa dengan produk dari safi ni kan... 
Sekarang ni pun Jue memang setia dengan Safi.. tapi hanya pembersih muka, scrub dan cream kecantikan tu aje yang Jue amalkan.. Dah masuk 3siri ni a.k.a kertu..hehehe Jue masih gunakan safi balqis... Macam sama jerk.. Muka kusam jer... tak ceria pun.. 

Memandang kan Jue ni hanyalah fulltime housewife.. Jad produk yang nak digunakan mengikut kemampuan la kan,, Tak kan nak pakai Mary Kay plak... Tak mampu hakak... hehe... Memandangkan harga Safi ni murah jadi tak salah lah Jue nak mencuba.. Sebab nye hasil dari menggooggle.. Kebanyakan nye beri feedback yang bagus .. Teringin plak nak menterai... 

Jom kita tengok ape yang Safi Rania Gold ni ada.. Kalau bagus.. Minggu depan Shoppinggggg.... 

Pembersih wajah

  • Membersih debu, kotoran dan sisa mekap.
  • Melembut dan menghaluskan kulit dengan khasiat minyak Avokado.
  • Meremajakan kulit.
Gel Pembersih Wajah

  • Tekstur ringan berasaskan gel yang bertindak membersih wajah dengan lembut.
  • Mengekalkan kelembapan kulit di samping mengawal lebihan minyak di wajah.
  • Sebaik-baiknya digunakan di waktu malam.

Pembersih Wajah Lembapan Mendalam

  • Dirumus dengan pH seimbang yang sesuai untuk semua jenis kulit, ia membersih kotoran pada wajah dengan efektif.
  • Mengatasi masalah kulit kering dengan melembapkan kulit secara mendalam.
  • Menjadikan kulit lebih halus.
Scrub Wajah

  • Berbeza dengan yang lain, skrub ini lembut membersih untuk mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori tanpa menghakis kelembapan semula jadi kulit.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit baharu yang lebih berseri.
  • Sesuai digunakan 2 – 3 kali seminggu.
Penyegar

  • Rumusan berasaskan air dan bebas alkohol yang mengembalikan kesegaran wajah.
  • Menganjal, mengecilkan pori-pori dan menghaluskan kulit wajah dengan ekstrak air mawar.

Serum

  • Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit.
  • Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Membantu menyamaratakan tona kulit.
Pelembap Siang

  • Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya.
  • Melembap dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit.
  • Melembut, menghalus dan menganjalkan kulit.
Pelembap Malam

  • Krim berasaskan gel yang menyerap pantas ke dalam kulit.
  • Menggalakkan pemulihan sel-sel kulit yang aktif di waktu malam dan menghalang kemunculan tanda-tanda awal penuaan.
  • Menghidratkan kulit dari dalam lalu menampilkan kulit wajah berseri keesokan hari.
Cream Kontur Mata

  • Rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif.
  • Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap.
  • Menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata.
Cream Kecantikan

  • Menyamar noda di wajah di samping menyamaratakan tona kulit.
  • Membekalkan pelbagai nutrien untuk kulit wajah sepanjang hari.
  • Sesuai sebagai asas solekan agar keserian wajah lebih terserlah.

Hermmmm ... Dah lengkap 1set produk ni... Minggu depan jadik la shopping/... Tak Cuba Kita tak tahu kan... Hasil menggooggle dorang cakap 3minggu dah nampak hasilnya.. Sempat lah nanti nak melaram ngan wajah baru wedding SIL nnti..

SELAMAT MENCUBA pada diri sendiri.....

*MUD_Heppy heppy nak berubah wajah.... hehehehe


Tiada ulasan: