Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita masih disini, masih berada di alam maya yg fana ini. Syukur kita masih berpeluang menyambut puasa, maknanya kita masih di beri peluang untuk menambahkan amalan kita. Subhanallah.
Agak lama Jue tidak menghupdate blog Jue semenjak dua menjak ni. Antara alasan nya, internet Jue tak memberi kesempatan. Dalam zaman yang serba canggih ni kalau tidak ada internet, rasa macam ketinggalan sangat.
Ye lah, dalam kita dok mengejar amalan akhirat, tak salah rasanya kita turut mengikuti teknology terkini kan.
Banyak juga perkara,cerita yang nak di kongsikan sebenarnya. Cuma, kesempatan tu yg tidak ada. Lebih2 lagi sedang menyambut bulan ramadhan yg barkah ni, masa perlu di penuhi dengan amalan yg mulia. Kepada readers Jue, (chewah! Mcm ad je kan hehe) maaf dipinta. Masa tu yang membataskan Jue untuk menghupdate setiap entry. Insyaallah, kesempatan tu Jue akan berusaha mengambil peluang jika ada.
Sempena bulan ramadhan ini, sama samalah kita menambahkan amalan kita. Rindu untuk berblogging memang sesangat. Insyallah akan di usahakan nanti.
Denagan itu, semoga kita akan berjumpa di next entry ye..
Salam ramadhan.
~~TERIMA KASIH~~
Sabtu, 13 Julai 2013
Khamis, 25 April 2013
~LAMANYA MENYEPI~
Assalamualaikum....
Alhamdulillah... setelah sekian lama Jue menyepi kini Jue kembali memblogging... Kesihatan Jue jugak semakin sihat.. Maaf dah lama tidak menghupdate sebarang berita,cerita,resepi n macam2 lagi dalam blog Jue semenjak dua menjak ni...
Kesibukan sebagai seorang isteri dan ibu ni membatas segalanya... Tapi Jue bersyukur kerana masih lagi bernafas dialam fana ini.
Bukan merajuk, tapi sedikit hati ini ingin dipujuk.. entah kenapa hati ini semakin meningkat usia semakin pulak banyak terguris dengan setiap perkataan dan ungkapan dari mulut orang lain... lebih lebih lagi dari ahli keluarga sendiri... terasa pulak macam selama ini kita dok asyik menjaga hati orang sedangkan hati kita tiada siapa pulak yang peduli... terfikir jugak apa salah nya kita ni...
Tapi apakandaya ... hati manusia.. sebaik mana pun kita pasti satu hari nanti orang akan tetap membenci... itukan sudah menjadi lumrah manusia kan..
Tapi Jue tetap akan bersyukur dengan setiap perbuatan mereka sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Mengasihani... tetap berserah pada Ilahi... akan satu hari nanti berbalas jua....
Samapai disini coretan Jue kali ini.. i.allah pasti akan ada lagi cerita menarik... setelah hati ini sedikit terubat...
Salam penuh keberkatan...
Amin....
=)
Labels:
Luahan Hati,
Mood
Langgan:
Catatan (Atom)